PERLU BANTUAN SEGERA DARI ANDA!
MASJID AL-UMMAH, TELOK CHENGAI PERLU RM700, 000 NAIK TARAF FASILITI USIA 40 TAHUN
Masjid Al-Ummah yang terletak di Kuala Kedah ini telah dibina sejak tahun 1981 kini masih tidak dapat menjalankan projek naik taraf fasiliti bagi menampung keperluan jemaah di situ.
Ini kerana dana yang diperlukan masjid sebanyak RM700, 000 bagi menampung kos projek itu masih tidak mencukupi dan sumbangan masih sedikit untuk memulakannya.
Antara yang akan dinaiktaraf dalam Fasa 1 :
1. Ruang solat utama yang sudah usang
2. Menggantikan karpet lama yang hapak, nipis dan berdebu dengan baharu untuk keselesaan jemaah
3.Membuat pendawaian elektrik yang baharu untuk mengelakkan litar pintas
4. Menambak tanah perkuburan seluas 1 relung kerana tidak lagi mampu menampung kapasiti jenazah
5.Menaiktaraf ruang parkir masjid
Projek naiktaraf fasiliti Masjid Al-Ummah ini perlu disegerakan!
Ini kerana masjid ini hanya pernah pernah dibaikpulih sekali sahaja dalam tempoh 40 tahun beroperasi, sudah pasti banyak fasiliti yang perlu dibaiki dan dinaiktaraf untuk keselamatan, kemudahan dan keselesaan orang ramai yang solat di sini.
Walaupun keadaan masjid semakin memberi risiko keselamatan dan jemaah terpaksa berhimpit ketika menunaikan solat Jumaat namun masih dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Ruang solat utama sering diisi dengan jemaah yang bertujuan mengimarahkan masjid dan beramal ibadat walaupun keadaannya semakin memberi risiko terhadap keselamatan mereka kerana strukturnya semaking usang.
---
"Alhamdulillah... Rumah Allah ini masih dikunjungi jemaah dari semasa ke semasa!
Masih banyak aktiviti mengimarahkan masjid dijalankan, masih terdengar alunan ayat al-Quran di dalamnya serta zikirullah."
---
Untuk makluman, projek naik taraf ini sebenarnya mahu dilaksanakan pada bulan Disember 2021 namun dana yang berjaya dikumpul masih sedikit dan tidak mencukupi untuk melaksanakan projek ini dengan segera.
Jika dilaksanakan juga, bimbang projek ini akan terbengkalai dan menyebabkan masjid tidak dapat beroperasi lebih lama.
INFO TAMBAHAN: Masjid Al-Ummah ini juga akan melaksanakan kerja-kerja naiktaraf fasa 2 selepas fasa 1 siap nanti. Bagi fasa seterusnya ini dianggarkan kos kerja naik taraf menelan belanja RM3.3 juta lagi. |
Fakta Penggunaan Dana RM3.3 Juta Untuk Fasa 2 Naik Taraf Masjid Al-Ummah 1.Membesarkan ruang solat tambahan 2.Membaikpulih kemudahan tandas 3.Menambah tempat wuduk 4.Dewan serbaguna 5.Pejabat pentadbiran 6.Perpustakaan 7.Dewan Taska 8.Kafe 9.Dewan kuliah ilmu |
Lakaran bangunan Masjid Al-Ummah yang bakal di naik taraf sepenuhnya kelak lengkap dengan kemudahan fasiliti dan bertambah indah.
Jika anda memerlukan pahala berpanjangan untuk di akhirat sana, Insha-ALLAH sumbangan anda hari ini untuk pembinaan Rumah Allah bernama Masjid Al-Ummah ini akan menghantar pahala berpanjangan buat anda di SANA.
Seperti firman Allah SWT :